Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (5, kiri) merakam gambar bersama Datuk Snowdan Lawan (6 kiri) dan urusetia AIFFA 2023 di logo AIFFA. Foto: TVS.

120 filem negara anggota ASEAN sertai AIFFA 2023

KUCHING, 13 Jun: Festival Filem ASEAN International Film Festival and Awards (AIFFA) yang kini memasuki tahun keenam penganjurannya kali ini bakal mempertandingkan sebanyak 120 buah filem dari 10 negara anggota ASEAN iaituĀ dariĀ Filipina, Indonesia dan Malaysia.

Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata festival bertaraf antarabangsa itu merupakan ilham Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika beliau bergelar Menteri Pelancongan Negeri.

ā€œSelepas 5 tahun penganjuran, AIFFA telah dihadiri pelbagai selebriti ternama, antaranya Tan Sri Michelle Yeoh, Jackie Chan, Donnie Yen, Steven Seagal dan Nora Aunor.

Sebastian berkata demikian pada sidang media ASEAN International Film Festival and Awards (AIFFA) di sini, pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, Pengarah Festival AIFFA LIvan Tajang, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datu Sherrina Hussaini, Ketua Kandungan Kreatif dan Projek Khas TVS Jamal Abdullah dan Ketua Juri Festival AIFFA U-Wei Shaari.

Mengimbau kembali, Sebastian mendedahkan penganjuran Festival AIFFA pertama kali tahun 2013 di Kuching telah menganugerahkan pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh dengan Anugerah Pencapaian Sepanjangan Hayat di atas penglibatan beliau dalam bidang perfileman di Hollywood.

Dalam pada itu, Pengarah Festival AIFFA Livan Tajang mendedahkan pihak penganjur bakal mengumumkan barisan jemputan selepas tayanganĀ filem pertama yang menyertai festival tersebut, Sumpahan Jerunei di GSC Spring pada 20 Jun ini.

Menurutnya AIFFA kali ini sebanyakĀ 17 kategori dipertandingkan melibatkan pelbagai aspek kreatif dan teknikal filem.

ManakalaĀ Ketua Juri AIFFA U-Wei Shaari pula menjelaskan kesemua filem yang bertanding yang menggunakan bahasa negara masing-masing akan disertakan sari kata Bahasa Inggeris bagi memudahkan tontonan dan penjurian dilakukan.

Selain U-Wei, beberapa juri lain turut dilantik pada AIFFA tahun ini antaranya Viva Westi (Indonesia), Pham Thi Hong (Vietnam) dan Ihsan Nurullah Kabil (Turki).

Selain penayangan filem secara percuma kepada orang ramai, bengkel teknikal dokumentari dan filem turut diadakan pada 2 hingga 4 Ogos depan di Old Courthouse sertaĀ berakhir dengan Malam Gala Anugerah AIFFA 2023 di Hotel Pullman Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan