Search
Close this search box.
Seorang penduduk, Oleksiy membersihkan kedai runcitnya yang rosak akibat banjir di Kherson selepas Empangan Kakhovk pecah. Foto: AFP.

10 maut, 41 hilang akibat kemusnahan Empangan Kakhovka

ByAFP

KYIV, 13 Jun: Angka korban banjir yang berpunca akibat kemusnahan empangan di Wilayah Kherson, Ukraine yang kini dikawal Rusia meningkat kepada 10 orang.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri Ukraine, Igor Klymenko.

“Buat masa ini, 10 orang maut di Kherson. Kami juga menerima laporan bahawa seramai 41 orang masih hilang,” katanya.

Ukraine dan Rusia saling menuduh berhubung pelanggaran di Empangan Kakhovka yang terletak di selatan Ukraine pada 6 Jun lalu yang mencetuskan banjir besar.

Kejadian itu memaksa ribuan orang meninggalkan kediaman mereka sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya bencana kemanusiaan.

Sementara itu, pihak berkuasa Rusia di selatan Ukraine pada Jumaat menjangkakan lebih ramai korban akibat banjir berkenaan sambil menambah paras air boleh terus meningkat selama lebih seminggu. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan