Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang merasmikan program Wanita Inspirasiku (WINS) Peringkat KEMAS Negeri Sarawak di sini, hari ini. Foto Facebook Rubiah Wang.

Penstrukturan semula tangga gaji guru KEMAS masih dalam perbincangan – Rubiah Wang

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata tahun ini KKDW hanya mengumumkan peningkatan elaun bulanan untuk sukarelawan KEMAS dari RM500 kepada RM800.

“Setakat ini (penstrukturan semula skim tangga gaji itu) masih dalam perbincangan lagi,” katanya selepas merasmikan program Wanita Inspirasiku (WINS) Peringkat KEMAS Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kementerian itu sebelum ini untuk menstruktur semula skim gaji 10,174 tenaga pengajar Tabika KEMAS supaya selaras dengan kelulusan dan pengalaman mereka.

Menurutnya dari sudut pengambilan pendidik baharu di KEMAS pula, pihaknya masih menjalankan pengambilan berdasarkan kepada keperluan dan kelayakan.

“Kita sejak 2016 sehingga sekarang membuat pengambilan berdasarkan kelayakan sekurang-kurangnya (berkelulusan) Diploma,” tambahnya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan