Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan selepas pementasan Teater "Cikgu Anda" di sebuah hotel malam tadi. Foto Bernama.

Anwar tolak dakwaan amal politik dendam

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau menggunakan sistem perundangan negara untuk membalas dendam terhadap mana-mana individu.

Anwar berkata malah beliau sentiasa menghormati undang-undang negara termasuklah tidak mencampuri tugas-tugas serta keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara dan hakim terhadap sesuatu pendakwaan.

“Kalau benar saya dendam sudah ramai yang terperosok ke Penjara Sungai Buloh, tetapi saya tahu perlunya kita pertahan prinsip keluhuran undang-undang.

Siapa yang mahu disiasat, didakwa itu bukan kuasa saya, kuasa saya terhad kepada pengarahan terhadap institusi keselamatan menjalankan tugas mereka dengan tegas dan berani,” katanya ketika berucap selepas menyaksikan pementasan teater “Cikgu Anda” di sini malam tadi.

Anwar berkata beliau tidak boleh mengarahkan Peguam Negara untuk mendakwa kerana sesuatu pendakwaan mesti mempunyai fakta yang kukuh.

Anwar juga berkata beliau tidak mahu menjadi seorang pemimpin yang menggunakan kuasa untuk menindas dan menzalimi mana-mana individu.

Perdana Menteri menegaskan selama tujuh bulan memimpin negara, beliau tidak pernah meminda perjawatan institusi kehakiman.

“Apa sahaja yang dikemukakan oleh jawatankuasa membawa kepada Ketua Hakim Negara dihantar kepada saya, saya ikut proses sahaja, tidak ada satupun yang saya pinda. Melainkan kalau hakim itu punyai rekod yang mungkin dipertikai,” katanya.

Justeru, beliau berkata sudah tiba masanya tata kelola serta pentadbiran di negara ini dibersihkan tanpa wujud unsur negatif malah politik negara perlu terhindar daripada adu domba atau merendahkan martabat pihak lain.

“Politik itu penting, saya juga mengasaskan dan memimpin parti politik dan antara parti yang bergabung,”  katanya dan menambah mencari kelemahan pihak lain merupakan politik tidak matang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan