Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa ditemui terapung oleh penduduk kampung. Foto: BBP Bintangor

Pemuda jatuh sungai ditemui lemas

BINTANGOR, 8 Jun: Pemuda yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di Sungai Stubah pada Rabu ditemui lemas hari ini.

Mayat Jackson Janang, 20, ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada kira-kira 1 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang menyertai operasi pencarian berkenaan.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjejaki mangsa pada jarak satu kilometer ke hilir dan hulu sungai sebelum berjaya menemui mayatnya terapung di permukaan air,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian tengah hari Rabu itu, Jackson dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menangkap ikan seorang diri.

Ketika kejadian mangsa masih berada di dalam perahunya dipercayai sedang mengeluarkan hasil tangkapan dari bubu.

Menurut Nicholas, ketika kejadian, mangsa dilaporkan melakukan aktiviti penangkapan berseorangan, berseluar pendek dan tidak berbaju.

“Difahamkan, dia terjatuh ketika mengeluarkan hasil tangkapan sebelum hilang dibawa arus dan insiden berlaku kira-kira 70 meter dari jeti rumah panjang mangsa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan