Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah merakam gambar kenangan bersama pelajar-pelajar CENTEXS dari pelbagai kampus di Sarawak. Foto: Odleen Catherny (TVS)

Pembangunan pendidikan Sarawak juga perlu ‘Segulai Sejalai’ – Sagah

ByOdleen Catherny

KUCHING, 8 Jun: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berharap pembangunan pendidikan di Sarawak menepati cogan kata perpaduan ‘Segulai Sejalai’.

Menurutnya, pembangunan pendidikan negeri ini perlu setanding di Semenanjung Malaysia.

“Kita perlu hidup sesuai dengan cogan kata itu. Apabila kita ‘Segulai Sejalai’, kita harus sama-sama juga. Banyak lagi yang perlu kita (Sarawak) capai. Harus sama juga dengan apa yang ada di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penutupan Simposium dan Pameran Tenaga Hijau 2023 di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), di sini, hari ini.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Sambutan Gawai Dayak Peringkat Kebangsaan, telah tertarik dengan motto majlis iaitu ‘Segulai Sejalai’, frasa bahasa Iban di Sarawak yang bermaksud seiring sejalan.

Pada masa sama, Roland menyambut baik ucapan Perdana Menteri pada majlis tersebut yang meminta Kementerian Pendidikan agar menyelesaikan isu sekolah daif di Sarawak dengan segera.

“Saya merasa cukup gembira bila mendengar bahawa beliau sebut pasal sekolah daif yang perlu ditingkatkan, diperbaiki dan mungkin ditukar juga. Lebih-lebih lagi infrastuktur,” ujarnya.

Tambahnya, berdasarkan tinjauan, terdapat 1,220 sekolah daif di Sarawak terdiri dari pelbagai klasifikasi.

Kata Roland, pihaknya juga akan melihat sekiranya ada keperluan untuk membina semula beberapa sekolah daif tersebut secara menyeluruh termasuk kediaman guru. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan