Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak lima kelab motor dengan 60 bikers yang menyertai Konvoi Kembara Bahagian Miri sempena Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Foto: Faitullah Morni (TVS)

60 bikers Miri sertai konvoi sempena Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka

MIRI, 4 Jun: Selepas memberi laluan bagi sambutan Perayan Hari Gawai yang diraikan pada Khamis lepas, Miri menyambut Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka dengan mengadakan Konvoi Kembara Bahagian ini.

Menurut Ketua Konvoi Permaisuri Riders Miri Group, Zakaria Bakri, sebanyak lima kelab motor dengan 60 bikers yang menyertai konvoi itu iaitu Permaisuri Riders Miri Group, Miri Riders Moto Club, Brother Bikers Miri Club, MYY Maxi Scooter Motor Club dan Santai Bikers Team Bekenu.

“Konvoi ini sempena 60 tahun Sarawak Merdeka. Penyertaan seramai 60 bikers termasuk kenderaan kerajaan. Jadi sebagai anak Sarawak, saya amat berbangga mengetuai konvoi merdeka sempena 60 tahun Sarawak Merdeka,” katanya ketika ditemui pada Konvoi Kembara Daerah Miri di Kompleks Islam Sarawak Miri hari ini.

Katanya, laluan konvoi bermula di Kompleks Islam Sarawak Miri, seterusnya Universiti Curtin, Pantai Luak Esplanade, Coco Cabana dan Dewan Bandaraya Miri sebelum pulang semula ke Kompleks Islam Sarawak Miri.

“Jarak kilometers lebih kurang dalam 100km untuk hari ini. Kita akan bergerak ke Universiti Curtin, Pantai Luak Esplanade, Coco Cabana dan akhir sekali ke Dewan Bandaraya Miri,” ujarnya.

Program Flag Off Konvoi Kembara Daerah Miri sempena Sambutan Sarawak Merdeka Bahagian Miri dilancarkan sekitar jam 9.30 pagi oleh Residen Bahagian Miri, Jamalie Busri.

Pasukan Konvoi Kembara Bahagian Miri juga akan ke semua daerah di Bahagian Miri tanpa meninggalkan mana-mana daerah dengan berlepas ke beberapa lokasi di Daerah Miri hari ini, seterusnya ke daerah Subis pada 5 Jun, daerah Beluru dan daerah Telang Usan pada 6 Jun dan ke daerah Marudi pada 7 Jun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan