Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena hari Gawai di Rumah Richard Engking, Kapit. Foto: TVS

Rumah Panjang Engking di Kapit dibaik pulih – Zahid

KAPIT, 3 Jun: Rumah Panjang Richard Engking di Kapit yang telah berusia lebih 40 tahun akan dibaik pulih untuk keselesaan 48 keluarga di rumah panjang 45 pintu itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk itu sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan bagi baik pulih rumah dan RM 300,000 untuk menggantikan sistem pendawaian elektrik lama di rumah tersebut.

“Saya telah mengarahkan Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk terus memanggil tender bagi pelaksanaan butiran-butiran yang telah saya umumkan tadi,” katanya.

“Saya harap ini bukan hanya membolehkan penduduk rumah panjang Richard seramai 48 keluarga dan lebih 400 penduduk ini akan menikmati segala projek yang akan dilaksanakan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Richard Engking di sini, hari ini.

Tambah beliau, kerja-kerja baik pulih tersebut akan dilaksakan dan siap pada tahun ini.

“Saya memberitahu ia wajib dilaksanakan pada tahun ini juga tanpa mengetepikan tata kelola dan tata cara perolehan,” ujarnya.

Selain itu, katanya, beliau akan turut membantu rumah panjang lain yang memerlukan peruntukan untuk rumah panjang di seluruh Sarawak lebih-lebih lagi di Daerah Kapit.

Zahid juga yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan akan meluluskan jika Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi mengemukakan permohonan dan disokong oleh beliau.

Mengenai lawatan ke Kapit pada Sabtu, ia merupakan lawatan kedua Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan ke Sarawak.

Hadir sama Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas, Tugas Khas) Datuk Wilson Unggam Kumbong.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan