Search
Close this search box.
Program “Learn And Play Pickleball Clinic” yang dianjurkan di Dewan Astana, Petra Jaya semalam. Foto: TVS.

Pickleball sukan baharu di Sarawak

KUCHING, 3 Jun: Pickleball merupakan sukan baharu yang diperkenalkan di Sarawak baru – baru ini.

Menurut Pengarah Teknikal Persatuan Pickleball Kuching, Ahmad Rodzli Hashim, sukan ini merupakan gabungan tiga sukan iaitu badminton, tenis dan ping pong yang diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2019.

“Sukan ini datang ke Malaysia tahun 2019 dan di Sarawak pun lebih kurang 2019. Di Kuching kita memperkenalkan sukan Pickeball ini sekitar tahun 2020 ke 2021 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sukan Pickeball ini ialah sukan antara tiga jenis sukan iaitu pertama badminton, kita menggunakan gelanggang badminton. Kedua ialah tenis, net jaring tenis kita rendahkan dan yang ketiga, ialah ping pong. Ping pong di mana dayung ping pong iaitu menggunakan papan. Jadi antara ping pong, badminton dan tenis digabungkan jadi pickleball,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas ditemui pada program “Learn And Play Pickleball Clinic” yang dianjurkan di Dewan Astana, Petra Jaya semalam.Sukan Pickleball ini merupakan sukan yang popular di Asia Tenggara.

Sukan Pickelball yang disertai pelbagai peringkat umur yang dianjurkan di Dewan Astana, Petra Jaya semalam. Foto: TVS.

Ahmad Rodzli Hashim berkata, harapan mereka adalah untuk menjadikan sukan ini termasuk dalam salah satu sukan rasmi di Malaysia.

Sukan Pickelball yang disertai pelbagai peringkat umur yang dianjurkan di Dewan Astana, Petra Jaya semalam. Foto: TVS.

“Kalau kita lihat perkembangan sejarah sukan ini sangat popular dan setakat ini negara-negara di Asia Tenggara sendiri seperti di Singapura dan lebih awal lagi daripada Malaysia. Indonesia, Filipin Thailand sudah ada, kini Malaysia juga sama. Jadi sekarang ini sudah ada lima di Asia Tenggara.

“Jadi harapan Persatuan Pickleball Malaysia adalah untuk sukan ini dijadikan salah satu sukan dalam sukan Malaysia dan kita akan memperkenalkan di Asia Tenggara seterusnya kemungkinan di peringkat Asia, sebelum kita ke Olimpik. Itu harapan kita,” ujarnya lagi.

Persatuan tersebut telah ditubuhkan buat kali pertamanya di Miri dan bakal ditubuhkan juga di Sibu dan Bintulu.

Untuk rekod, sukan Pickleball adalah sesuai untuk semua peringkat umur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan