Search
Close this search box.
Acara lumba kerbau yang mencuri tumpuan pengunjung di Batu Danau. Foto: TVS

Pesta Babulang dan Lumba Kerbau diiktiraf di peringkat kebangsaan

LIMBANG, 3 Jun: Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2023 telah diangkat sebagai acara utama di peringkat negeri serta tersenarai di dalam Kalendar Pelancongan Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) juga telah mengiktiraf pesta ini dan telah menyediakan geran sebanyak RM150,000 bagi penganjuran pada tahun 2022.

Katanya, adat budaya yang kaya dan unik ini mampu menarik pelancong dari seluruh dunia untuk melawat Sarawak serta diiktiraf di Sarawak, selain juga merupakan acara pelancongan yang penting di peringkat nasional.

“Saya difahamkan bahawa pada tahun lepas Kementerian Pelancongan telah memberi RM150,000 sebagai sokongan untuk menjayakan program ini dan saya yakin tahun ini juga Kementerian Pelancongan Malaysia juga memberikan banyak peruntukan memastikan program ini berjalan lancar,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2023 di Dewan Kebudayaan Kampung Batu Danau, Limbang hari ini.

Hasbi juga mahu kualiti penganjuran pesta ini ditingkatkan serta diperkasakan dari tahun ke tahun.

“Ia termasuk dari segi pengisian program, susun atur program, pengurusan masa, penggunaan teknologi dalam promosi serta backdrop yang digunakan, kemudahan kanopi serta kerusi meja yang digunakan, bahan pameran, kemudahan seperti tandas yang mencukupi, layanan mesra kepada pelancong serta pengunjung dan lain-lain perlu diambil perhatian.

“Pesta Babulang bukan sahaja diiktiraf di negeri Sarawak tetapi juga di peringkat nasional. Oleh itu, kita harus lebih bekerja keras untuk mengadakan program ini dan memperbaiki dari tahun ke tahun, tingkatkan lagi program-program, aktiviti-aktiviti dalam Pesta Babulang supaya macam-macam lagi kepelbagaian dibuat dan ia sudah pasti akan menarik lebih pelancong,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan