Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto: Zahid Hamidi (FB).

Institusi TVET perlu teruskan peranan lahir tenaga kerja berkemahiran

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu terus memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang cekap, berkemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan era semasa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemahiran vokasional dan teknikal merupakan kunci tenaga kerja berkualiti serta meningkatkan produktiviti dalam semua sektor ekonomi bagi menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 serta era pendigitalan.

“Saya sedar akan amanah saya untuk menyediakan lebih banyak peluang pendidikan TVET agar dapat menggalakkan lebih ramai penyertaan dengan tawaran pilihan pembelajaran vokasional dan teknikal yang menarik serta mempunyai prospek masa depan yang cerah.

“Kita mesti menggilap potensi dan bakat dalam kalangan belia agar menjadi lebih kreatif, inovatif dan produktif sekali gus menjana pendapatan yang mampu memangkin kehidupan mereka yang lebih bermakna. Agenda ini dekat di hati saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, sempena Sambutan Hari TVET Negara 2023.

Bertemakan ‘TVET Pemangkin Pembentukan Malaysia MADANI’, Ahmad Zahid berkata, pendidikan TVET akan terus diperkasa dalam usaha melahirkan generasi yang berkualiti dan kompetitif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan