Search
Close this search box.
Segelintir orang ramai masih mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi mengelakkan penularan COVID-19 terutamanya di sekitar tempat awam. Foto: Bernama.

COVID-19: KKM sedang kemas kini SOP, akan diumum dalam masa terdekat – Dr Zaliha

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang akan diumum dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lepas yang memutuskan bahawa COVID-19 bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan global (PHEIC).

Bagaimanapun, beliau menasihati rakyat Malaysia untuk kekal mengamalkan SOP sedia ada dan keselamatan kendiri termasuk memakai pelitup muka ketika di tempat awam terutama mereka yang bergejala, mensanitasi tangan serta menjaga kebersihan diri.

“Kami di KKM sedang membincangkan langkah perlindungan terkini yang akan dilaksanakan kepada rakyat dalam masa terdekat meskipun COVID-19 tidak lagi menjadi kecemasan kesihatan yang menjadi kepentingan antarabangsa ataupun PHEIC,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook pada Selasa.

Dilaporkan, WHO memutuskan bahawa pandemik COVID-19, yang telah mengorbankan lebih 6.9 juta nyawa di seluruh dunia, tidak lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa selepas ia melanda sejak tiga tahun lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan