Search
Close this search box.

TVS ceriakan Gawai & Kaamatan dengan pelbagai program baharu

ByTiana Azni

KUCHING, 30 Mei: Selamat Ngintu Hari Gawai! Sempena menyambut perayaan Gawai dan Kaamatan pastinya ramai yang sudah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikannya bersama keluarga.

TVS sedia untuk menghiburkan anda sekeluarga di perayaan ini dengan pelbagai kandungan menarik seperti konsert, telemovie dan animasi hasil produksi tempatan.

1. Kumang 

Filem pendek ‘Kumang’ mengisahkan tentang Mariam, yang tinggal bersama ibunya di sebuah rumah panjang di Betong sejak 1937. Hari berlalu pergi hingga Mariam kini mempunyai seorang cucu. Banyak perkara yang telah berubah, kecuali ‘ngepan’ yang dihasilkan bersama ibunya. Apakah kisah disebalik ‘ngepan’ tersebut? Filem pendek ini akan ditayang buat pertama kalinya pada Khamis (1 Jun 2023), jam 10.15 pagi. Jangan ketinggalan!

@tvs_entertainment

KUMANG is a story of a girl named Mariam with her Indai (mom) about its traditions. 👩‍👧 The story takes place in a longhouse ini Betong, Sarawak through 1937 to 2012. Watch Kumang to know more! #TVS122 #BerkatGawai #Sarawak #Kumang #traditions #fyp #foryourpage #iban #ngepan #betong #longhouse

♬ original sound – TVS Entertainment – TVS Entertainment

2. Last Berjalai 

Jika anda diberi peluang untuk mengembara buat terakhir kalinya, apakah yang anda lakukan? Ikuti telemovie komedi, di mana tiga sekawan dalam pengembaraan mereka untuk melakukan semua perkara di dalam ‘bucket list’ yang mereka sediakan. Saksikan ‘Last Berjalai’ pada Sabtu ini jam 8.45 malam, hanya di TVS, saluran 122 Astro dan MYTV!

@tvs_entertainment

A comedy telemovie about 3 older men who live in a retirement village together who decide to go on their last travel adventure together to tick off the last things on their bucket lists. #TVS122 #BerkatGawai #Sarawak #LastBejalai #bucketlist #pencen #travel #friendship #fyp #foryourgoal #finaltrip #retirement

♬ original sound – TVS Entertainment – TVS Entertainment
3. Mali Lebu 
Chabu, Jacky dan Ricky merupakan pelajar universiti yang berasal dari rumah panjang. Mereka bertekad untuk berdikari bagi membiayai kos pembelajaran tanpa membebankan keluarga di kampung. Apakah rancangan mereka untuk menjayakan impian tersebut? Tetapkan temu janji anda bersama ‘Mali Lebu’ pada 11 Jun nanti, pada jam 9.15 malam!
@tvs_entertainment

Mengisahkan tiga pelajar di Universiti Sarawak, Chabu, Jacky dan Ricky. Mereka berasal dari rumah panjang dan mempunyai idealogi yang mereka tidak akan membebankan kedua orang tua mereka. Jadi apakah yang akan mereka lakukan untuk memastikan idealogi mereka itu dipegang teguh apabila dilanda dugaan #TVS122 #BerkatGawai #Sarawak #MaliLebu #family #universitystudent #friendship #fyp #foryourpage #iban

♬ original sound – TVS Entertainment – TVS Entertainment
4. Bario: Permata di Pergunungan
Bukan hanya menawarkan program hiburan, TVS juga menyajikan penonton dengan dokumentari pengenalan Bario, yang sering dikenali sebagai Tanah Seratus Salaman. Keindahan panorama, sawah padi, kebun nanas dan tempat membuat garam bukit merupakan antara tarikan yang didapati di tanah tinggi ini. Saksikan dokumentari ini setiap Isnin bermula 12 Jun, pada jam 1.15 petang hanya di TVS.
 
 
5. Ngenjen di Semandin
Animasi hasil produksi tempatan terkenal, Art of Wud ini pastinya menarik perhatian umum. Mengisahkan Bang Bujang yang sering menceritakan pengalaman hidupnya semasa memancing di hulu sungai. Tanpa pengetahuan ramai, Bang Bujang merupakan Hero di alam lain. Animasi bersiri ini telah mula ditayangkan di TVS pada setiap Sabtu, jam 10.15 pagi. 
 
 
@tvs_entertainment

Sine tuju sidak dengan penghulu tok oo… 📌 Ngenjen Di Semandin 🗓 Sabtu ⏰ 10:15 Pagi 📺 TVS saluran 122 Astro & MYTV TVSEntertainment tvs122 NgenjenDiSemandin Sarawak

♬ original sound – TVS Entertainment – TVS Entertainment
Ikuti kami di laman sosial @tvstvmy dan @tvs_entertainment untuk pelbagai sajian program menarik dan info semasa! Selamat Ngintu Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai!
 
 
 
 
 
 
 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan