Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pasar raya terkemuka di Sibu dibanjiri orang ramai untuk beli-belah saat akhir. Foto: TVS

Masyarakat Dayak di Sibu sibuk beli-belah di saat akhir

SIBU, 30 Mei: Berbaki sehari sahaja lagi perayaan Hari Gawai bakal menjengah, rata-rata masyarakat Dayak di Sibu kelihatan sibuk membuat persiapan akhir masing-masing.

Tinjauan TVS di sini mendapati orang ramai membanjiri beberapa pusat beli-belah untuk membeli keperluan diri dan keluarga.

‘Meriah’ orang ramai dari kalangan masyarakat Dayak luang masa membeli belah barang keperluan persiapan terakhir Gawai di sebuah pasaraya terkemuka di Sibu. Foto: TVS

Ahli perniagaan, Freddy Jacob bersama anak-anaknya antara yang keluar membeli-belah keperluan akhir berkata persiapan Gawai beliau dan keluarga dianggarkan 80 peratus telahpun siap.

“Macam Gawai sebelum ini juga, ada beli-belah sedikit seperti membeli kuih-muih dan pakaian…macam itu saja, biasa-biasa saja, membeli saat mungkin esok kami akan keluar membeli-belah lagi,” katanya.

Sementara bercakap mengenai sambutan kali ini, Freddy berharap Hari Gawai kali ini lebih meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarganya dapat balik ke kampung memandangkan sebelum ini tidak berkesempatan.

“Sekarang adalah peluang untuk bertemu seluruh ahli keluarga di kampung…bertemu dengan datuk, nenek, saudara mara,” ujar Freddy.

 

‘Meriah’ orang ramai dari kalangan masyarakat Dayak luang masa membeli belah barang keperluan persiapan terakhir Gawai di sebuah pasaraya terkemuka di Sibu. Foto: TVS

Turut sibuk membeli-belah saat akhir, Sendi Abong yang ditemani keluarganya ketika ditemui mengakui persiapan setakat ini juga sudah mencecah 80 peratus.

“Pakaian semua sudah beli terlebih awal dan saat akhir ini kita membeli barangan seperti roti, air, air manis dan sebagainya.

“Kalau ikut kehendak hati memang banyak nak beli tapi kita beli ikut keperluan sahaja,” kata pekerja swasta itu.

Sementara itu, Jilum Sagai yang ditemui mendedahkan beli-belah saat akhir merupakan peluang untuk dirinya meluangkan masa bersama keluarga ekoran kesibukan tuntutan kerja sebelum ini.

“Belum sepenuhnya, masih banyak barang yang nak dibeli macam sayur-sayuran dan barang basah.

“Kalau baju tu bagi saya yang sudah berusia mungkin tak perlu sangat, untuk remaja dan budak-budak mungkin perlu,” jelasnya.

Manakala suri rumah, Bunsi Sintong yang turut ditemani ahli keluarganya pula berkata persiapan Hari Gawai pihaknya telahpun siap sepenuhnya namun diadakan secara ala kadar sahaja.

“Setakat ni persiapan semuanya  sudah siap, jadi hari ini hari terakhir keluar sebelum balik kampung di Sri Aman.

“Kita buat persiapan secara sederhana sahaja, kalau berbelanja tu berjimat cermat dan kalau balik kampung tu kita perlu berhati-hati demi keselamatan sema pihak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan