Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim merakam gambar kenangan bersama KMKK yang mendapat perlantikan semula dan perlanjutan sebagai KMKK kawasan Asajaya. Foto: TVS

KMKK di luar bandar seperti ‘wakil rakyat’ – Abdul Karim

KUCHING, 30 Mei: Peranan dan tanggungjawab yang dipikul kepimpinan akar umbi seperti Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK)  di kawasan luar bandar lebih mencabar berbanding mereka yang berada di bandar.

Perkara itu diakui Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sambil menyatakan KMKK di luar bandar memikul tanggungjawab seperti seorang wakil rakyat.

KMKK luar bandar ibarat wakil rakyat

Ini kerana menurutnya mereka berada lebih dekat dengan penduduk setempat serta menjadi antara individu pertama yang didekati masyarakat sekiranya memerlukan bantuan.

“Di kawasan luar bandar, KMKK menjadi tempat aduan setiap masalah yang berlaku dalam kawasan kampung sebelum menyalurkan maklumat tersebut kepada agensi lain untuk diambil tindakan.

Dari kiri: KK Sulaiman Saad, KK Mahmud Keri, KK Zamzari Su’ut dan KK Sulaiman Lee antara yang menerima perlantikan semula bagi kawasan Kampung Tambirat. Foto: TVS

“Semua masalah yang berlaku di kawasan kampung akan diadu kepada KMKK hinggakan perselisihan faham antara suami isteri turut dilaporkan kepada KMKK untuk membantu mereka menyelesaikan masalah rumah tangga,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian pada Majlis Penghargaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum N.15 Asajaya di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmat, Temenggong Masyarakat Melayu bahagian Samarahan Temenggong Chek Bujang dan Temenggong Masyarakat Cina bahagian Samarahan Temenggong Liew Shark Sen.

Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu turut mengingatkan agar KMKK sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Jangan letak gaji sebagai fokus utama kerjaya KMKK. Anda harus menjalankan tugas dengan penuh amanah demi kesejahteraan masayarakat,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan