Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Mohd Azman Yusof(dua,kanan) menunjukkan bekalan gula pasir ketika melakukan tinjauan semasa pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Gawai 2023 ketika pelancaran skim tersebut di Pasaraya Farley di Kuching. Foto: TVS.

Isu had pembelian gula di Bintulu disebabkan kekurangan stok

KUCHING, 29 Mei: Isu kekurangan bekalan gula di Bintulu sehingga ada kedai menghadkan pembelian berkemungkinan berpunca daripada kedai-kedai terlibat mempunyai atau memiliki stok gula yang sedikit bagi menampung pemintaan semasa.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, walaupun tindakan tersebut tidak menjadi kesalahan namun menasihatkan peruncit terlibat untuk sentiasa memastikan bekalan terbabit sentiasa mencukupi.

Katanya, menerusi pertemuan dengan pembekal dan pengeluar gula baru-baru ini, kerajaan telah menetapkan bahawa bekalan gula mestilah berjumlah 42,000 metrik tan sebulan bagi menampung pemintaan seterusnya memastikan bekalan di seluruh negara mencukupi.

“Stok gula dia mungkin agak terhad kerana mungkin bergantung kepada modal yang dimiliki olehnya dan bergantung kepada keadaan persekitaran peniagaannya.

“Jadi sekiranya dia memerlukan lebih banyak stok atau bekalan lagi bolehlah sampaikan maklumat pada pihak kita dan kita boleh berunding dengan pihak pengilang gula ini untuk memberikan bekalan lebih banyak lagi.

“Menerusi cara ini dia (peruncit) tidak lagi mengenakan kawalan kuota dan sebagainya kerana kita tidak ada pun pengenalan kawalan kuota setakat ini,” katanya ketika sidang media selepas pelancaran pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaaan SHMMP) Hari Gawai di sini, hari ini.

Skim tersebut yang bermula hari ini hingga 4 Jun depan menyenaraikan sebanyak lapan jenis barangan sebagai barangan dikawal sepanjang pelaksanaan skim terbabit antaranya ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih, kubis bulat import, ubi kentang import dan daging khinzir.

“Seramai 196 anggota penguatkuasa dan pemantau harga turut ditugaskan bagi memastikan pematuhan SHMMP dan keberadaan bekalan yang mencukupi sepanjang tujuh hari pelaksanaan skim tersebut,” katanya.

Mohd Azman berkata, KPDN turut memberikan jaminan tidak akan berlaku masalah atau isu kekurangan bekalan keperluan sepanjang sambutan Hari Gawai di Sarawak sepanjang tujuh hari pelaksanaan skim tersebut.

Jaminan itu katanya, susulan perbincanagn dan sesi libat urus bersama pihak pengeluar dan pembekal untuk meastikan barangan keperluan terbabit sentiasa mencukupi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan