Search
Close this search box.
PC iMAGE yang merupakan kedai barangan Teknologi Maklumat (IT) terbesar di Malaysia Timur kembali mengadakan WOW Big Sale bermula 26 Mei hingga 4 Jun ini. Foto: Salasiah Safian (TVS)

WOW Big Sale, PC IMAGE janjikan lebih banyak promosi eksklusif

BySalasiah Safian

KUCHING, 27 Mei: PC iMAGE yang merupakan kedai barangan Teknologi Maklumat (IT) terbesar di Malaysia Timur kini kembali mengadakan jualan promosi ‘WOW Big Sale’ bermula semalam, 26 Mei hingga 4 Jun ini.

Menurut Penyelia Jualan PC Image Kuching, Marcus Lee Kah Fui, ‘WOW Big Sale’ kali ini menjanjikan lebih banyak promosi yang eksklusif.

PC IMAGE kembali dengan Wow Big Sale.

Seperti kebiasaannya, menurut Marcus, ahli Elite Clubs berpeluang untuk menyertai ‘Spin, Save and Win’ jika membuat pembelian sehingga RM200 dalam satu resit.

“Cabutan bertuah yang diadakan ini bernilai sehingga RM4,958. Ia termasuk Asus ROG phone 6 dan Infinite Racer gaming chair. WOW Big Sale yang diadakan pada kali ini mendapat sokongan daripada beberapa vendor terutama Asus yang merupakan penaja utama.

“Bukan itu sahaja, Infinite Racer juga mengadakan pakej kombo jika anda membeli notebook dan gaming chair jenama Infinite Racer,”katanya ketika ditemui TVS di sini hari ini.

Dalam pada itu, tambahnya, WOW Big Sale yang diadakan secara serentak di lebih 30 buah cawangan di seluruh Malaysia juga mengadakan jualan secara langsung di Facebook Live dan Tiktok Live.

Jualan langsung yang diadakan melalui Tiktok Live merupakan kaedah pemasaran baharu pihaknya dan Marcus mengakui sambutan lebih menggalakkan kerana terdapat tawaran istimewa yang lain.

“Kami masih mengadakan Grand Lucky Draw dan kami juga membuat live di TikTok dan Facebook yang membolehkan anda memenangi hadiah istimewa seperti baucar dan hadiah percuma.

“Harga masih sama tapi kami akan memberikan hadiah tambahan jika mengikuti sesi ‘live’ kami. Kami akan beri barangan seperti keychain Asus, ROG building block, beg…pada masa sama kami juga mengadakan sesi bidaan khusus kepada penghujung ‘live’,” ujarnya.

Justeru itu, Marcus mempelawa kepada mereka yang berminat untuk mengikuti TikTok Live tersebut di akaun rasmi – Tiktok PC iMAGE.

Sementara itu, menurutnya bagi pelanggan yang membeli notebook AMD Ryzen 5 dan ke atas, mereka berpeluang untuk mendapat diskaun istimewa, mesin pencetak percuma dan baucar tunai bernilai RM50, RM70 dan RM90 bergantung kepada jenis notebook yang dibeli.

“Mereka turut berpeluang untuk mendapatkan baucer perkhidmatan bernilai RM200 tertakluk kepada terma dan syarat.

“Baucar tunai hanya dapat digunakan selepas WOW Big Sale dan baucar perkhidmatan pula mempunyai tempoh sah selama satu tahun,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi yang diadakan, boleh didapati di laman Facebook rasmi PC iMAGE.

Difahamkan PC iMAGE akan mengadakan WOW Big Sale sebanyak dua kali setahun iaitu pada pertengahan tahun dan akhir tahun.

Untuk maklumat lanjut berkenaan PC Image, sila layari pcimage.com.my/tvs. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan