Search
Close this search box.
Suasana majlis pengebumian Allahyarham Askandar Ampuan Yaacub di tanah perkuburan Islam kg. Benoni Papar. Foto: Safwan Sawi (TV3)

Jenazah Pengarah APM Kedah selamat dikebumikan di sebelah pusara ibunya

ByTVS

KOTA KINABALU, 27 Mei: Jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Allahyarham Askandar Ampuan Yaacub selamat dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Fatimah Awang Ampuan Jair, di sini.

Allahyarham yang merupakan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) dikebumikan tanah perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar kira-kira pukul 5 petang tadi.

Jenazah Allayarham Askandar Ampuan Yaacub diiringi oleh Anggota Pertahanan Awam (APM) ke tempat pengebumian. Foto: Safwan Sawi (TV3)

Ketibaan Jenazah Awang Askandar di MAS Kargo Kota Kinabalu sekitar jam 2.20 petang tadi terus diiring beberapa tetamu kenamaan, pegawai dan anggota APM ke kampung halamannya.

Cuaca mendung mengiringi majlis pengebumian Askandar yang turut dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan anggota APM.

Solat Jenazah Allayarham Askandar Ampuan Yaacub yang dihadiri oleh tetamu kenamaan, ahli keluarga dan warga APM. Foto: Safwan Sawi (TV3)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali mewakili ahli keluarga Allahyarham mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan membantu melancarkan urusan pengebumian.

“Alhamdulillah saya mewakili APM dan juga mewakili keluarga Allahyarham Askandar ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha dalam memastikan pengurusan jenazah sampai ke kampung halaman beliau.

https://www.tvsarawak.my/2023/05/26/jenazah-awang-askandar-dijangka-tiba-awal-pagi-esok-di-klia/

“Terima kasih diucapkan kepada pihak kedutaan Malaysia di Kathmandu dan juga pihak berkuasa di Nepal dan sekejap lagi kita akan mengadakan majis pengebumian Allahyarham,” katanya ketika ditemui TVS di Masjid As Salam Kg. Benoni Papar.

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohammad Alamin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan