Search
Close this search box.
Dr. Abdul Rahman pada Majlis Doa Selamat Bakal-bakal Haji bagi Bahagian Limbang di Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang. Foto: TVS.

Cuaca panas, jemaah haji dinasihat jaga kesihatan – Dr. Abdul Rahman

LIMBANG, 27 Mei: Semua bakal haji di negeri ini dinasihatkan membuat persediaan serta mengambil langkah menjaga kesihatan masing-masing dalam mendepani persekitaran cuaca panas yang mencecah 45 darjah celcius ketika menunaikan ibadah di tanah suci nanti.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata keadaan cuaca di Madinah dan Makkah difahamkan dalam keadaan panas dan kering berbeza dengan di Malaysia iaitu panas dan lembab.

Arab Saudi keluar amaran hujan lebat berterusan, banjir landa Kota Makkah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata lagi jemaah diingatkan agar tidak terdedah dengan persekitaran dan cuaca panas ketika mengerjakan haji, yang merupakan Rukun Islam kelima.

“Saya menasihatkan pada jemaah haji kita untuk menjaga kesihatan mereka di sana lebih-lebih lagi sekarang ini dunia dilanda oleh gelombang haba.

“Suhu pada waktu siang boleh menjangkau sehingga 45 darjah celsius dan ini sangat berbahayalah dan kita nasihatkan para jemaah haji supaya dapat menjaga kesihatan dan supaya mereka tidak terdedah apabila cuaca panas,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Doa Selamat Bakal-bakal Haji bagi Bahagian Limbang di Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang pada Jumaat.

Turut sama pada majlis itu ialah Pengurus Tabung Haji Limbang, Musapir Abdullah dan Bendahari Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang, Mahmud Abdul Hamid.

Menurutnya seramai 29 bakal jemaah haji bagi bahagian Limbang terpilih untuk menunaikan fardu haji tahun ini berbanding hanya 14 orang pada tahun lepas.

Jumlah itu jelasnya meningkat sebanyak 50 peratus pada tahun ini.

“Alhamdulillah jemaah Limbang seperti tahun-tahun yang sebelum COVID-19, ramai yang terpilih untuk mengerjakan haji.

“Mengikut data daripada Tabung Haji Limbang seramai 50 orang terpilih bagi bahagian limbang tetapi oleh kerana pihak Arab Saudi memikirkan kesihatan jemaah, kesemua jemaah itu disaring semula dan selepas saringan hanya 29 orang di Limbang yang layak untuk mengerjakan haji pada tahun ini,” ujarnya.

Jelas beliau lagi kerajaan Arab Saudi pada tahun ini turut membuka kuota penuh tanpa sekatan umur dan Malaysia mendapat kuota 31 ribu orang jemaah haji untuk mengerjakan haji tahun ini.

Dari jumlah tersebut katanya kira-kira 500 orang jemaah haji untuk negeri Sarawak terpilih mengerjakan ibadah haji. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan