Arab Saudi keluar amaran hujan lebat berterusan, banjir landa Kota Makkah


RIYADH, 27 Mei: Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi hari ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat berterusan selama lima hari selain ribut petir disertai ketulan air batu dan banjir kilat di kebanyakan wilayah di negara itu, mulai Jumaat (26 Mei) sehingga Selasa depan.