Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting pada majlis menandatangani MoU antara UCSI, Sekolah Perniagaan Jaipura India dan Noms Fochun Founders Sdn Bhd. Foto: UCSI

Sarawak kurang tenaga kerja dalam industri hospitaliti – Sebastian Ting

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 25 Mei: Keperluan untuk memperkasakan pembangunan modal insan amat penting dalam menangani kekurangan tenaga kerja dalam industri hospitaliti, kata Timbalan Menteri Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Menurutnya, usaha lebih proaktif amat diperlukan dalam memastikan modal insan berkualiti dapat disediakan di Sarawak terutama ke arah mencapai matlamat Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi.

“Persatuan Hotel Malaysia Sarawak (MAHSC) merekodkan seramai 150,000 pekerja asing rasmi meninggalkan Sarawak selepas wabak manakala dianggarkan 150,000 lagi pekerja tidak rasmi yang meninggalkan negeri ini.

“Selain itu, rakyat Sarawak juga ada yang bekerja sama ada di Semenanjung Malaysia atau di luar negara,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Universiti UCSI, Sekolah Perniagaan Jaipura India dan Noms Fochun Founders Sdn Bhd di Hotel UCSI di sini, semalam.

Ujarnya, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk menangani isu ini bagi memastikan ekonomi pelancongan berdaya tahan.

“MoU ini membantu negeri melalui penyediaan tenaga kerja profesional dan cekap yang akan menjadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi dalam sektor perhotelan, acara dan pelancongan.

“Ia dapat meningkatkan kemahiran pelajar melalui pengalaman pembelajaran dan latihan yang diperkaya, kita akan dapat melahirkan lebih ramai graduan yang mantap yang dilengkapi dengan kemahiran tenaga kerja profesional yang penting,” katanya.

Menurutnya lagi, MoU itu bakal menimbulkan perkongsian kolaboratif dari segi penempatan latihan dan latihan dengan rakan industri yang juga bertindak sebagai langkah penting untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran bersesuaian dalam sektor hospitaliti.

MoU di antara Universiti UCSI, Sekolah Perniagaan Jaipura India dan Noms Fochun Founders Sdn Bhd akan menetapkan laluan dalam memulakan pelbagai usaha akademik termasuk Program Penyerapan Antarabangsa, pertukaran kakitangan dan pelajar, serta penyelidikan dan penerbitan bersama dengan rakan akademik dari India.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dekan, Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan, UCSI Profesor Christopher Wan Sageng, Ketua Pengarah Sekolah Perniagaan Jaipuria, India Dr. Rajiv R Thakur dan Pengarah NOMS Malaysia Kelvin Chong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan