Search
Close this search box.
Miro Simuh dan Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada majlis perasmian Balai Polis Siniawan, Bau, hari ini. Foto: TVS

Miro syor balai polis lama pekan Siniawan dijadikan muzium sejarah polis

BAU, 26 Mei: Balai polis lama Siniawan yang berusia lebih 100 tahun berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai Muzium Sejarah Polis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, balai polis yang dibina semasa pemerintahan Brooke mempunyai nilai sejarah yang tinggi, justeru amat sesuai untuk dijadikan muzium.

Balai Polis Siniawan yang dirasmikan Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, hari ini. Foto: TVS

Katanya, selepas Kubu Margherita dijadikan sebagai Galeri Brooke, Sarawak sudah tidak mempunyai Muzium Sejarah Polis bagi membolehkan generasi muda Sarawak menghayati dan memahami sejarah penubuhan pasukan polis.

“Saya mengamati perlunya ada muzium polis ini bukan sahaja untuk kita mempamer tetapi menjadi satu pusat riadah dan juga pusat pembelajaran agar generasi muda kita memahami erti perjuangan polis,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Balai Polis Siniawan di sini, hari ini.

Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Beliau berkata, amat penting untuk generasi kini mengetahui kisah pengorbanan anggota keselamatan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.

“Muzium ini dapat menjadi wadah penting untuk anak-anak muda ini belajar dan memastikan bahawa sejarah itu tidak pernah menipu,” ujarnya.

Balai Polis Siniawan yang baru itu yang dibina menerusi dana Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) DUN Serembu menelan kos RM500,000 bagi menggantikan balai polis yang lama di pekan tersebut.

Pembinaan balai polis berkenaan yang mengambil masa 23 bulan, mula dibina pada 1 Februari 2020 siap sepenuhnya pada 25 Februari 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan