Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zulkipli Suhaili menunjukkan pokok ganja yang dirampas dalam serbuan di Sibu pada Rabu. Foto: TVS

Dua beradik ditahan disyaki miliki dua pokok ganja bernilai RM20,000

SIBU, 25 Mei: Hasrat dua beradik untuk memulakan penanaman pokok ganja tidak kesampaian apabila mereka ditahan bersama dua pokok ganja bernilai RM20,000.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di sebuah rumah di Lorong Rambai pada Rabu.

Ganja yang dirampas dalam serbuan pada Rabu. Foto: TVS

Katanya, kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki berusia 55 tahun manakala adik perempuannya berusia 50 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan pihak polis di rumah berkenaan telah menjumpai dua beg plastik warna hitam yang mengandungi dua pokok disyaki pokok ganja serta satu beg hitam mengandungi tanah dan daun kering yang disyaki dadah jenis ganja.

“Polis juga menyita sebuah kenderaan jenis Honda yang bernilai RM80,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, semakan rekod polis mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap mereka didapati negatif dadah.

Kedua-dua suspek direman selama empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

Zulkipli memberitahu pihaknya percaya akan ada tangkapan susulan berhubung kes dalam masa terdekat ini.

Jika sabit kesalahan, Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam sebatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan