Search
Close this search box.
Abang Johari (tiga dari kanan) menerima cenderahati sempena Majlis Makan Malam Backbenchers GPS di sini malam ini. Foto UKAS.

Pengurusan kewangan dan ekonomi Sarawak tarik perhatian korporat luar – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 24 Mei: Keupayaan Sarawak menguruskan kewangannya dan merancang ekonominya telah membuka mata sektor perbankan tempatan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, ini terbukti apabila beliau menerima jemputan untuk berkongsi aspek tadbir urus Sarawak termasuk pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Malaysia Kelima 2023 di Kuala Lumpur semalam.

“Dalam seminar berkenaan, mereka (peserta) bertanya kepada saya bagaimana Sarawak boleh menjana hasil pendapatan (yang tinggi) malah mereka tidak meragui keupayaan kita untuk muncul sebagai kuasa ekonomi utama di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Backbenchers GPS di sini malam ini.

Yang turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian serta Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Sementara itu, beliau berkata, semakin banyak bank tempatan juga ‘mendekati’ Kerajaan Sarawak kebelakangan ini untuk bekerjasama dalam perdagangan.

“Esok ada lagi yang akan datang berjumpa saya.

“Banyak pihak (yang) datang kepada kita, ini memberi petanda bahawa ekonomi Sarawak baik dan mampan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan