Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden SACS, Stevie Astly berucap pada Majlis Hari Memperingati AIDS Sedunia di La Promenade Mall, Kota Samarahan pada hari ini. Foto: TVS

Usahawan tempatan sambut baik penganjuran Minggu Perpaduan 2023

KUCHING, 23 Mei: Usahawan tempatan menyambut baik penganjuran Minggu Perpaduan 2023 di bandar raya ini yang bermula Sabtu lepas.

Mereka gembira kerana berpeluang mempromosikan produk masing – masing di samping menjana pendapatan tambahan.

Usahawan kraf tangan, Pauline Hurai berkata, penganjuran acara berskala kebangsaan di Sarawak memberi peluang kepadanya untuk mencari rezeki selain turut mempamerkan kebudayaan unik Bumi Kenyalang kepada pengunjung luar.

“Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya dan rakan – rakan untuk berniaga di sini.

“Sambutan jualan terhadap barangan saya amat baik. Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya kepada TVS.

 

Suasana jualan dalam sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Waterfront Kuching. Foto: TVS

Penjual aksesori, Joselind Jaidi turut teruja apabila hasil jualannya meningkat.

Katanya, sejak hari pertama penganjuran, gerainya sentiasa dikunjungi pelancong.

“Saya mengeluarkan pelbagai jenis aksesori masyarakat Bidayuh dengan reka bentuk baharu yang membuatkan pelancong tertarik untuk membeli,” katanya.

Suasana jualan dalam sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Waterfront Kuching. Foto: TVS

Bagi Nurhalis Isa yang menjual batik lukis pula, Minggu Perpaduan 2023 bukan sahaja dapat memperkenalkan pelbagai budaya dan kaum di Sarawak malah ia turut membuka ruang kepada usahawan untuk memasarkan produk dengan lebih efektif.

Selain itu, peniaga makanan dan minuman, Siti Rafisha berkata, dia gembira kerana kemeriahan program sambutan ini telah membantu perniagaan keluarganya.

“Ramai pengunjung dari Semenanjung Malaysia datang dan ini telah membantu meningkatkan pendapatan peniaga kecil,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan