Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
roland sagah
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. Foto TVS

Tugu Kucing Putih di Padungan, bukti perpaduan dalam kepelbagaian di Sarawak

ByRegina Lee

KUCHING, 23 Mei: Tugu ikonik Kucing Putih di Bulatan Padungan di sini menjadi bukti konsep perpaduan dalam kepelbagaian diamalkan di Sarawak.

Ini kerana setiap musim perayaan, replika kucing putih berkenaan akan dipakaikan dengan persalinan yang menggambarkan sambutan sesuatu perayaan di sini.

 

Tugu ikonik ‘Kucing Putih’ di bulatan Padungan yang menjadi tempat pilihan untuk aktiviti pencahayaan setiap musim perayaan menggayakan pakaian tradisional kaum Iban sempena sambutan Hari Gawai akan datang. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, pihaknya turut mengalu-alukan sebarang aktiviti yang mencerminkan semangat perpaduan di situ.

“Semua perayaan mendapat layanan yang sama, kali ini bersempena sambutan Hari Gawai, MBKS turut menganjurkan aktiviti yang memupuk semangat perpaduan.

“Kita berharap melalui semua perayaan yang telah disambut akan dapat mengeratkan hubungan pelbagai kaum, lebih memahami antara satu sama lain serta terus memastikan Sarawak berada dalam keadaan harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada program pencahayaan tugu berkenaan sempena sambutan Hari Gawai di Jalan Padungan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan masyarakat agar menggunakan pelitup muka ketika berada di tempat yang sesak, terutamanya ketika berkunjung sewaktu hari perayaan.

“Ini kerana penularan COVID-19 masih belum berakhir, jadi jagalah diri anda.

“Pakai pelitup muka apabila berada di kawasan orang ramai, amalkan jarak sosial juga,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, tugu Kucing Putih berkenaan turut menggayakan busana tradisional kaum Melayu sempena perayaan Aidilfitri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan