Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seni bermukun hanya wujud di Sarawak, wajar dipertahankan

KUCHING, 23 Mei: Warisan tradisi bermukun atau bergendang melalui pantun yang hanya wujud di Sarawak perlu dikekalkan untuk generasi muda.

Pensyarah Cemerlang Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang, Dr Zainal Abidin Masleh berkata, bermukun wujud sejak tahun 1700-an yang pada asalnya digunakan sebagai ritual untuk mengubati pesakit.

Namun katanya tradisi itu mula berubah apabila ianya menjadi medium hiburan.

“Masyarakat zaman dahulu apabila disebut pergi bergendang atau menopeng, semua sudah tahu (ia) bermukun namun sekarang apabila disebut bergendang atau bertandak (menari), mereka tidak lagi mengenalinya sebagai bermukun.

“Jika disebut bermukun, barulah mereka faham,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Perpaduan Bermukun anjuran Arkib Negara Malaysia di Waterfront Kuching, Sarawak sempena Minggu Perpaduan 2023 di sini hari ini.

Berkenaan program berkenaan, Zainal Abidin berkata, beliau menyambut baik penganjurannya kerana memberi peluang kepada anak-anak muda lebih mengenali asal-usul seni bermukun di Sarawak.

“Kita juga mesti mempertahankannya agar tidak hilang ditelan arus pemodenan,” katanya.

Sementara itu, penggiat seni terkenal Sarawak, Razali Yu yang turut menjadi ahli panel menekankan bahawa gendang Melayu Sarawak merupakan alat yang menyatupadukan seluruh kaum di Sarawak.

“Ini kerana ia menjadi lokasi pertemuan muda-mudi untuk bersuka ria dan acara tertentu suatu ketika dahulu.

“Ini termasuk majlis pertunangan, perkahwinan, ketika mengadakan majlis selepas mendapat anak, memotong jambul, anak berkhatan, anak khatam Al-Quran, sembuh penyakit dan sebagainya.

“Gendang Melayu Sarawak mengadunkan nilai kemasyarakatan, kerohanian, ekonomi dan perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Program bual bicara itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Penyelidikan dan Pengembangan Arkib Negara Malaysia, Mokhtaruddin Lamsin, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak, Ladoh Mejus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan