Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: Awang Azmil (TVS).

Sarawak sertai IMEX Frankfurt German, promosi pelancongan di pasaran global

ByAdlina Rahman

KUCHING, 23 Mei: Penyertaan Sarawak buat kali pertama pada IMEX Frankfurt German yang bermula hari ini bertujuan untuk mempromosikan sektor pelancongannya di pasaran yang lebih luas, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri itu berkata, Sarawak berkeupayaan membuat promosi sendiri tanpa terlalu bergantung kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Ini kerana Malaysia memiliki 14 buah negeri, jika kita (Sarawak) mempunyai ruang pameran sendiri (pada IMEX Frankfurt), kita akan diberikan slot tertentu.

“Jika bernasib baik, kita akan dapat slot yang bagus, jika tidak anda akan dapat slot pada hari yang tidak ramai pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ruang pameran Sarawak pada acara perniagaan terkemuka dunia itu akan diwujudkan menerusi Business Events Sarawak dengan mengetengahkan enam sektor ekonomi dan tujuh sektor sokongan yang disasarkan untuk pembangunan kerajaan Sarawak.

Sementara itu Abdul Karim berkata, Sarawak turut mempromosikan pelancongan dan sektor perniagaannya pada beberapa acara antarabangsa sebelum ini termasuklah ITB Berlin .

Berkenaan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, Abdul Karim berkata, beliau berharap jumlah yang akan diagihkan mestilah adil dan selaras dengan sumbangan sesebuah negeri itu kepada negara.

“(Sebagai contoh), jika Melaka yang merupakan negeri bersaiz kecil boleh menerima ratusan juta untuk pembangunan industri pelancongan, Sarawak pula mempunyai banyak fasiliti yang memerlukan penambahbaikan (dan Kerajaan Persekutuan perlu) berlaku adil dalam soal ini,” katanya.

Sementara itu, ketika sesi penggulungan kementeriannya, Abdul Karim memaklumkan, MOTAC telah mengagihkan sebanyak RM18.523 juta bagi pembangunan pelancongan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan