Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom. Foto: Muhammad Raffiq (TVS)

Sarawak bersedia pelbagaikan penggunaan baja

ByAdlina Rahman

KUCHING, 23 Mei: Kerajaan Sarawak bersedia untuk mempelbagaikan penggunaan baja termasuk menjadikannya sebagai makanan haiwan ternakan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ini merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kos baja yang tinggi.

Kata beliau, sebelum ini terdapat usaha untuk menghasilkan baja yang diperbuat daripada sisa sampingan sawit.

“Sarawak mengeluarkan belanja yang tinggi untuk mengimport bahan mentah menghasilkan baja untuk kita memenuhi permintaan yang tinggi.

“Sebelum ini bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan baja diimport dari Kanada, Christmas Island dan Ukraine namun ekoran masalah geopolitik di sana, Sarawak tidak lagi mampu mengimport bahan mentah tersebut,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Stephen Rundi berkata, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menyarankan agar mencari jalan untuk menstabilkan harga.

“(Sehubungan itu) antara langkah yang diambil adalah untuk menghasilkan baja menggunakan bahan mentah tempatan seperti sisa sampingan sawit,” katanya.

Beliau menambah, melalui kaedah tersebut, pihaknya memberi fokus kepada penghasilan makanan haiwan untuk menurunkan kos daging serta produk lain yang diimport dan dijual di pasaran tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan