Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapal kargo yang membawa muatan batu kerikil yang ditahan pada Isnin. Foto: Maritim Malaysia.

Maritim Sarawak tahan kapal kargo batu kerikil gagal pamer lesen

ByConnie Grace

KUCHING, 23 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak menahan kapal kargo yang membawa muatan batu kerikil pada jarak kira-kira 2.1 batu nautika tenggara Tanjung Po, pukul 4.40 petang, Isnin.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, aset ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan operasi pemantauan berdekatan perairan tersebut telah mengesan sebuah kapal kargo yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati kapal kargo berkenaan dikendalikan oleh tujuh orang kru termasuk nakhoda (Master), dua orang warga tempatan, empat orang warganegara India dan seorang warganegara Myanmar berumur lingkungan 19 tahun hingga 53 tahun.” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut, kesemua mereka mempunyai pengenalan diri dan kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu gagal mempamerkan dokumen Domestic Shipping License (DSL) yang sah ketika diperiksa.

Dalam pada itu, beliau memberitahu Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan, jenayah maritim atau kecemasan di laut terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544/ 432016 yang beroperasi 24 jam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan