Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui pemberita selepas kunjungan hormat UNICEF di Bangunan Baitulmakmur II pada Jumaat. Foto: Izzah Kamilah Yunus

DUN Sarawak: 91,163 kanak-kanak memiliki akaun EFS

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 23 Mei: Seramai 91,163 kanak-kanak di Sarawak kini memiliki akaun Endowment Fund Sarawak (EFS), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Fatimah berkata, sejak inisiatif berkenaan diperkenalkan pada 2019, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM91.16 juta.

Kata beliau, keputusan Kerajaan Sarawak melaksanakan langkah berkenaan amat tepat berikutan kajian kedudukan kewangan rakyat Malaysia oleh RinggitPlus.

“Kajian itu mendapati bahawa 70 peratus rakyat Malaysia menyimpan kurang daripada RM500 sebulan pada 2022 atau langsung tidak menyimpan termasuk untuk pendidikan anak-anak.

“Ini menjadikan inisiatif EFS oleh Kerajaan Sarawak amat penting,” katanya dalam ucapan penggulungan kementerian di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Selain itu, Fatimah juga memaklumkan bahawa sehingga April 2023, sejumlah 2,285 permohonan Kad Emas Kenyalang (KGC) telah diterima.

Sementara itu, terdapat 1,954 permohonan lain yang dibuat secara dalam talian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Â