Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalang sindiket dadah di Indonesia ditahan polis Malaysia

ByBernama

JAKARTA, 23 Mei: Seorang lelaki dikenali sebagai Marno yang melarikan diri daripada polis daerah Riau atas tuduhan mengedar dadah telah ditahan di Malaysia, lapor media Indonesia, pada Selasa.

Marno dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 411 kilogram (kg) yang dirampas Polis Riau.

“Sejumlah 62 kg methamphetamine ditemukan bersama suspek ketika ditahan oleh Polis Johor,” kata pengarah narkotik polis daerah Riau, Pesuruhjaya Yos Guntur, lapor media dalam talian.

Beliau menegaskan bahawa penahanan itu adalah bukti kerjasama erat antara Polis Malaysia dan Polis Riau dalam menangani sindiket pengedaran dadah rentas sempadan.

Polis daerah Riau merampas 290 kg methamphetamine semasa operasi awal tahun ini, termasuk 121 kg methamphetamine pada 2022 yang dikaitkan dengan kumpulan pengedaran dadah Marno. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan