Search
Close this search box.
Bot tunda yang ditahan dalam operasi Maritim Malaysia Zon Tanjung Manis berhampiran muara Belawai, dekat Tanjung Manis, semalam. Foto: Maritim Tanjung Manis.

Tidak kibar bendera Malaysia, Maritim tahan bot tunda

ByDayu Adruce

TANJUNG MANIS, 22 Mei: Sebuah bot tunda beserta tongkang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) susulan gagal mengibarkan bendera Malaysia dekat muara Belawai, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 itu, bot berkenaan juga tidak memiliki sebarang isyarat bentuk di tiang ‘mast’ ketika bersauh.

“Pada 2 petang semalam, aset ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan operasi pemantauan berdekatan dengan perairan tersebut telah mengesan sebuah bot tunda beserta tongkang muatan pasir sedang bersauh lebih kurang 1.2 batu nautika dari aset Maritim Malaysia.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh sembilan orang kru termasuk nakhoda (Master) berumur lingkungan 23 tahun hingga 42 tahun dan kesemua kru didapati mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya lagi, bot yang berpangkalan dari Pelabuhan Klang berkenaan didapati bersauh untuk membaiki kerosakan pada janakuasa dan perlu bersauh bagi membaiki kerosakan.

Bot berkenaan diiring masuk ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. 

“Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut,” ujarnya.

Komuniti maritim turut diminta untuk melaporkan segera sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Tanjung Manis (010- 5063293) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan