Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
roland sagah
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. Foto TVS

Roland Sagah masih ‘tunggu’ jawapan Menteri Pendidikan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 22 Mei: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak (MEITD) memaklumkan masih ‘menunggu’ tarikh untuk bertemu dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menterinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, pertemuan berkenaan kelak boleh menjadi platform perbincangan isu yang membelenggu sekolah di sini oleh pihaknya dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

Kata Roland Sagah, ketika lawatan Fadhlina ke sini pada Januari lalu dan bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, beliau turut hadir namun tidak berkesempatan membincangkan isu pendidikan secara mendalam dengan menteri berkenaan.

Katanya, ketika itu Abang Johari menjemputnya menghadiri pertemuan berkenaan.

“Saya jumpa Menteri Pendidikan di sana namun ia tidak melibatkan perbincangan saya dengan menteri. Ini kerana butiran perbincangan beliau dengan Abang Johari berbeza.

“Oleh itu, pihak saya cuba mendapatkan masa daripadanya untuk bertemu namun setakat ini belum ada tarikh lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Kata Roland Sagah, sekiranya mendapat lampu hijau, beliau mahu membangkitkan beberapa perkara penting yang memerlukan penelitian KPM.

“Apa yang penting ialah mereka (KPM) perlu mengambil berat berkaitan isu yang dibangkitkan oleh kita.

“Jika tidak, perjumpaan itu hanya sia – sia,” katanya.

Berhubung perkara yang ingin dirunding, Roland Sagah berkata, ia termasuk isu berkaitan kekosongan guru besar serta masalah sekolah daif di Sarawak.

“Bagi saya lawatan ke sekolah yang tidak bermasalah diatur dengan baik manakala sekolah lain yang berdepan dengan isu dibiarkan sahaja,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan