Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengerusi Yayasan Perpaduan Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan (kedua dari kiri) bersama Presiden Datu Aloysius J. Dris (kedua dari kanan) semasa lawatan hormat ke atas Yang Di-Pertua Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya. Foto: Radzi Ahmad (TVS)

Program berkaitan sape dan regata kukuhkan perpaduan

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 22 Mei: Yayasan Perpaduan Sarawak akan menganjurkan beberapa program melibatkan sape dan regata bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Pengerusi Yayasan Perpaduan Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, program-program berkenaan akan menyasarkan penglibatan golongan muda.

Katanya ini bagi memupuk minat mereka terhadap seni sape.

“Antara yang akan dianjurkan termasuklah bengkel sape dan perjumpaan peminat alat muzik tradisional itu dari Semenanjung Malaysia dan juga seluruh dunia.

“Ini akan diteruskan dengan demonstrasi persembahan sape dan bagaimana ia boleh mempupuk semangat perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di sini hari ini.

Jelasnya, program berkenaan dirancang pada Jun ini serta akan dikemukakan kepada penganjur Rainforest World Music Festival yang akan datang.

Sementara itu beliau memberitahu, Yayasan Perpaduan Sarawak juga akan menganjurkan Regata Baram Sarawak 2023 pada Ogos ini yang dijangka akan dirasmikan oleh Tun Abdul Taib.

“Regata memiliki sejarah yang menyatukan pelbagai kaum dan oleh itu kita mahu orang ramai tahu sejarah penganjuran regata kali pertama,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan