Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Premier Sarawak dijadual rasmi Majlis Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Limbang

ByDayu Adruce

KUCHING, 22 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmikan Majlis Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Limbang pada 28 Mei ini bertempat di Taman Awam Lawas.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam kenyataan media berkata, pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan lagi sambutan termasuk Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang turut akan dilepaskan Premier Sarawak di Taman Awam Lawas pada 10 pagi.

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka akan disertai 40 kenderaan dan 120 motosikal berkuasa tinggi.

“Pengisian seterusnya pula melibatkan Pameran Digital Sarawak 60 Tahun dan keusahawanan yang melibatkan jualan barangan, makanan, kraftangan dan lain-lain termasuk ‘youth got skill’ iaitu program gunting rambut,” ujarnya.

Aktiviti selanjutnya melibatkan Program Sarawak X-tive iaitu Mega Aerobik Sarawak X-tive yang diadakan di Taman Awam Lawas melibatkan seramai 400 orang peserta.

Sementara itu, Fun Ride Sarawak X-tive juga akan berlangsung di Tebingan Lawas melibatkan seramai 300 orang peserta.

Tidak ketinggalan diadakan Pertandingan Petanque Sarawak X-tive di Stadium Tertup Lawas yang membabitkan seramai 300 orang peserta.

Ketiga-tiga Program Sarawak X-tive ini berlangsung serentak pada 8 pagi.

Sementara itu, Abang Johari turut dijangka menyempurnakan upacara pecah tanah Lepapa Hypermarket & Hotel Roxy di Jalan Merapok, Lawas pada 28 Mei depan pada 2.30 petang.

Manakala pada 27 Mei depan, Premier Sarawak dijangka mempengerusikan Mesyuarat State Development Coordination Committee di Hotel Seri Malaysia, Lawas.

Pada hari sama, beliau juga akan mengadakan lawatan ke tapak projek cadangan pembinaan Jambatan Baru Lawas, cadangan pembinaan Hospital Lawas dan cadangan pembinaan Pusat Pentabiran Bersepadu Lawas.

Pada sebelah malam pula, beliau dijangka menghadiri Majlis Makan Malam Komuniti bersama YAB Premier Sarawak di Stadium Tertutup Lawas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan