Search
Close this search box.
Datuk Dr. Jerip Susil menerima cenderamata daripada Pengerusi Pengelola Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri, Bernard Idit. Foto: TVS

Pertandingan Ratu Cantik Hari Gawai pamer kepelbagaian budaya Sarawak

ByDayu Adruce

Miri, 21 Mei: Pertandingan ratu cantik atau kumang yang menjadi tradisi menjelang Hari Gawai di Sarawak dapat mempromosikan kepelbagaian kaum di sini, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang Timbalan Premier Sarawak berkata, acara itu juga dapat memulihara kebudayaan dan warisan yang wujud sejak sekian lama.

Kata beliau, perkara itu dapat dilihat berikutan penganjur pada tahun ini telah mengutamakan warisan masyarakat Dayak termasuk mempamerkan keindahan tarian, persembahan dan pakaian tradisional sepanjang pertandingan berkenaan.

“Ini sememangnya unik bagi Sarawak dan (kita) menunjukkan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil pada Majlis Makan Malam Sempena Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri 2023 di sini semalam.

Majlis anjuran Jawatankuasa Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri itu bertemakan Bipakat, Bisindi Ngajung Pimanchang yang bermaksud Perpaduan Menuju Kemajuan kata beliau juga sebagai usaha untuk berjaya sebagai sebuah komuniti.

Sementara itu, beliau juga melihat acara berkenaan merupakan kaedah berkesan untuk mempromosikan Miri kepada masyarakat luar.

Untuk rekod, Pertandingan Dayung Sangon, Keligit Orang Ulu, Kumang Iban dan Keling Belawan 2023 bermula di Permaisuri Imperial City Mall pada 14 Mei lepas.

Pertandingan edisi kali ini menyaksikan Jhonson Elson dipilih sebagai Keling Belawan, Daniela Angel Boon (Dayung Sangon 2023), Kelly Raywyn Cahill (Keligit Orang Ulu) dan Esther Mira Jackson Jambol sebagai Kumang Iban 2023.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan II, Dato Henry Harry Jinep, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan