Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meluangkan masa melawat menara telekomunikasi luar bandar Kampung Trombol, Telaga Air Kuching hari ini. Foto Bernama.

Pemasangan antena di menara air alternatif selesai masalah capaian internet di Sarawak

ByBernama

KUCHING, 21 Mei: Pemasangan antena di menara air aras tinggi boleh menjadi alternatif bagi menyelesaikan masalah capaian rangkaian Internet di Sarawak, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kaedah itu boleh menjadi tambahan kepada lebih 600 menara telekomunikasi yang dibina oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) di seluruh negeri berkenaan.

Fahmi berkata sekiranya kaedah itu berjaya digunakan di Sarawak, ia akan turut diguna pakai di negeri lain yang mempunyai masalah serupa.

“Kita akan lihat dari segi teknikalnya sama ada boleh dipasang alat telekomunikasi atau di lokasi-lokasi lain,” katanya selepas mengadakan lawatan ke menara telekomunikasi di Pantai Trombol di sini hari ini.

Beliau juga berkata sejumlah 125 menara lagi yang dibina oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan beroperasi menjelang sambutan Hari Gawai ini bagi menghubung serta merapatkan jurang telekomunikasi di negeri itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan