Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anthony Loke. Foto fail: BERNAMA

JPJ lanjut bidaaan nombor siri pendaftaran FF – Loke

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan masa bidaan siri nombor pendaftaran FF menerusi sistem JPJeBid yang dijadual tamat hari ini, hingga 10 malam esok (19 Mei).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah itu diambil selepas mengambil maklum aduan orang ramai tentang sistem JPJeBid yang tidak stabil apabila tempoh untuk pembidaan bagi nombor plat FF akan berakhir disebabkan trafik yang tinggi.

“Untuk berlaku adil, JPJ telah melanjutkan masa pembidaan untuk 24 jam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, semalam.

Loke pada masa sama berkata beliau akan berusaha untuk memantapkan sistem digital di bawah JPJ dan agensi lain di bawah kementerian, malah telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Penasihat Digital (JPD) kementerian yang memberi nasihat penambahbaikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan