Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Foto fail: TVS.

Isu 3R jika tidak ditangani akan menjadi lebih serius – KPN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) sekiranya tidak ditangani akan mengganggu keharmonian dalam negara dan akan menjadi lebih serius jika dibiarkan berterusan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata perkara berkenaan diberikan perhatian yang tinggi khususnya hantaran di media sosial yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Institusi diraja.

“PDRM memandang serius hal ini (isu 3R) dan kami akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keharmonian dan ketenteraman agama.

Oleh yang demikian, PDRM telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas dikenali sebagai Pasukan Siasatan Khas 3R diwujudkan sejak Mac lepas bagi menangani isu terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Minum Petang PDRM Bersama Media Sempena Aidilfitri di Mes Pegawai Kanan di Bukit Aman, di sini, semalam

Acryl Sani berkata siasatan kes-kes melibatkan 3R dilakukan dengan pantas bagi menjamin keharmonian masyarakat di negara ini.

“Isu 3R perlu dihindari setiap masa dan setiap kertas siasatan berkaitan 3R perlu disiapkan dalam tempoh tujuh hari. Apabila berlaku kes seperti ini kita ambil tindakan pantas untuk menyiasat dalam memastikan agar pelaku dikesan dan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata ini adalah untuk memastikan supaya keharmonian masyarakat majmuk di negara ini terpelihara dan kesejahteraan negara terjamin.

Acryl Sani berkata sebanyak 23 kes direkodkan pasukan petugas berkenaan bagi tempoh 22 Mac hingga 17 Mei lepas dengan 11 kes membabitkan penghinaan raja atau institusi diraja, empat mengenai agama dan lima mengenai kaum.

Menurutnya, tiga kes berjaya didakwa manakala dua lagi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut, sementara 18 lagi masih disiasat.

Pada 22 Mac lepas, PDRM menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes melibatkan penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi diraja.

Pasukan itu diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 JSJ. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan