Search
Close this search box.

DUN Sarawak: Wujudkan semula Sarawak Rangers, bantu pasukan keselamatan di sempadan

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Mei: Kerajaan Sarawak dicadang merekrut pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan mewujudkan semula pasukan Sarawak Ranger untuk membantu pasukan keselamatan sedia ada di sempadan.

Inisiatif itu menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai bukan sahaja meningkatkan misi kawalan keselamatan bahkan menjaga keamanan di sempadan serta menghentikan aliran penyeludupan manusia, aktiviti haram, jenayah dan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini.

“Isu berhubung perkembangan ekonomi dan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia perlu ditangani dan ditingkatkan, selaras dengan hasrat negara jiran itu memindahkan ibu negaranya ke pantai timur Kepulauan Borneo.

“Isu keselamatan dan perdagangan sempadan antara perkara yang perlu ditangani dengan lebih serius bagi menghalang transaksi serta aliran kewangan haram yang boleh merugikan negara,” katanya semasa membahaskan usul penghargaan ucapan TYT di Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) hari ini.

Pada masa sama, Nicholas turut menggesa Kerajaan Sarawak mencari inisiatif bagi menyelesaikan perimeter survey di bawah Seksyen 6 dan seksyen 18 dengan kadar segera bagi mengelak perselisihan faham di antara pemilik tanah sendiri atau pemaju.

“Semakin lama ia nya tertangguh, semakin banyak masalah akan timbul. Perbalahan akan berlaku apabila tanah tersebut akan dibangunkan, pelbagai pihak akan menuntut hak kerana tidak ada dokumen pemilikan yang sah.

“Kita boleh memberi latihan dan pengetahuan kepada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau ketua masyarakat untuk mengambil koordinat sempadan dan menyelesaikan perbalahan tentang sempadan masing-masing terlebih dahulu,” jelasnya.

Untuk rekod, pasukan Sarawak Rangers yang merupakan pasukan tentera ditubuhkan pada tahun 1862 oleh Raja Kedua Sarawak, Charles Anthony Johnson Brooke.

Pasukan tersebut berfungsi sebagai pasukan pertahanan di kubu yang dibina di beberapa lokasi strategik untuk mempertahankan Kuching pada tahun 1846. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan