Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ketikasesi ketiga persidangan DUN di sini, hari ini. Foto: UKAS

DUN Sarawak: Dua RUU Perbekalan Tambahan diluluskan hari ini

ByOdleen Catherny

KUCHING, 18 Mei: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2022 (2023) dan RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2023 selepas bacaan kali ketiga, hari ini.

RUU itu yang dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru II, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bertujuan untuk menampung perbelanjaan tambahan negeri berjumlah RM300 juta bagi RUU Perbekalan Tambahan 2022 (2023).

Menerusi RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2023 pula, anggaran tambahan pertama perbelanjaan biasa adalah RM368,165,200 dan RM500 juta anggaran tambahan pertama untuk perbelanjaan pembangunan.

“Sejumlah RM214,165,200 diperlukan oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi.

“Selain itu, RM134 juta diperlukan oleh Jabatan Premier Sarawak, RM20 juta untuk Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak sebagai membantu kewangan negeri bagi menampung kos operasi Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN),” katanya ketika membentang RUU berkenaan hari ini.

Beliau turut memaklumkan, bagi RM500 juta anggaran tambahan pertama untuk perbelanjaan pembangunan pula, ia sebagai menyokong dua sub aktiviti yang mana RM400 juta adalah peruntukan untuk Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) sebagai mengekalkan nisbah kecukupan modal (CAR) minimum 10 peratus sekali gus memudahkan pembiayaan pelbagai projek dan inisiatif strategik kerajaan negeri.

Sementara itu beliau memberitahu, daripada anggaran RM500 juta tersebut juga, sebanyak RM100 juta akan digunakan untuk pelaksanaan pelbagai projek rakyat di seluruh Sarawak.

Kedua-dua RUU itu disokong oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar meluluskan dua RUU itu tanpa perbahasan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan