Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan isterinya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DBKU semalam. Foto: TVS

DBKU fokus capai inklusiviti komuniti seiring PCDS 2030 – Dr Abdul Rahman

KUCHING, 18 Mei: Hasrat untuk mencapai inklusiviti komuniti menerusi inisiatif Kejiranan Mesra (KJM) DBKU antara fokus Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berpandukan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), kata Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak itu mendedahkan PCDS 2030 merupakan panduan pihaknya mencapai inklusiviti komuniti bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati pembangunan yang pesat di masa akan datang.

“Inklusiviti komuniti adalah salah satu agenda penting yang dapat dilaksanakan melalui platform Kejiranan Mesra (KJM) DBKU.

“Inklusiviti merupakan prinsip utama dalam agenda pembangunan sosioekonomi untuk memastikan rakyat tanpa mengira gender, etnik, status dan kedudukan geografi untuk bersama-sama menikmati manfaat pertumbuhan dan pembangunan.

“Penduduk di Sarawak akan menikmati kemakmuran ekonomi yang dipacu oleh data dan inovasi sekali gus dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DBKU pada Rabu.

Mengulas lanjut PCDS 2030 merupakan pelan jangka masa panjang pihaknya dalam memangkin penglibatan pengurusan serta warga kerja DBKU dan memfokuskan kepada beberapa aspek termasuk kebersihan.

“Pelan ini merupakan pelan jangka masa panjang yang melibatkan semua pengurusan dan warga kerja DBKU dan ia nya fokus kepada kebersihan, kecantikan, keselamatan, bandaraya pintar dan kelestarian,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar DBKU tidak leka terhadap tugas dan tanggungjawab mereka sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terbilang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan