Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Konvoi Kembara Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Kuching, hari ini.

Sukan SEA: Kerajaan Sarawak akan beri insentif kepada atlet raih pingat

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Mei: Kerajaan Sarawak akan memberikan insentif bagi setiap pingat yang diraih oleh atlet negeri pada sukan SEA 2023 Kemboja, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, kerajaan akan mengagihkan ganjaran kepada atlet yang mengharumkan nama Sarawak menerusi kejohanan seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik dan sukan-sukan bertaraf dunia yang lain.

Abdul Karim bakal umum ganjaran untuk atlet cemerlang Sarawak pada Sukan SEA

Jelas Abdul Karim, mereka bertanding bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi mewakili Malaysia apabila mereka mendapat tempat.

“(Dari segi amaun) Kita akan menunggu terlebih dahulu kerana kita tidak boleh melebihi insentif yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan.

Sukan SEA: Kimberly raih emas sulung peribadi

“Bagaimanapun Sarawak selalunya akan beri separuh daripada jumlah yang kerajaan pusat akan beri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai ganjaran untuk atlet Sarawak yang meraih pingat di sukan SEA 2023 Kemboja pada sidang media Konvoi Kembara Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka, di sini, hari ini.

Emas ini untuk seluruh rakyat Malaysia – Grace Wong

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu akan diperincikan oleh Abdul Karim selaku menteri bertanggungjawab.

Antara anak Sarawak yang meraih emas pada Sukan SEA ialah Grace Wong (Baling Tukul Besi) serta dua atlet terjun iaitu Kimberly Bong dan Enrique Maccartney Harold.

(VIDEO) Gimnas Sarawak raih dua pingat pada penampilan pertama di Sukan SEA

Gimnas Ally Hamuda Abdullah turut cemerlang apabila membawa pulang dua pingat gangsa pada penampilan kali pertamanya pada temasya berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan