Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melawat ruang pameran Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Kayu Sarawak 2023 di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datu Hashim Bojet. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Sarawak sasar pendapatan sektor perkayuan RM8 bilion menerusi PCDS 2030

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Mei: Sarawak menyasarkan pendapatan tahunan RM8 bilion dari sektor perkayuan selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, sekali gus sebagai antara pemangkin untuk merealisasikan matlamat negeri berpendapatan tinggi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sektor berkenaan perlu dibangunkan secara mampan dan mematuhi peraturan dan perundangan.

Sarawak sasar RM8 bilion pendapatan eksport kayu

Pematuhan ketat kepada keperluan pengurusan hutan ditekankan dengan memastikan semua lesen kayu hutan jangka panjang mesti diperakui di bawah kriteria dan petunjuk Malaysia dalam Pengurusan Hutan Lestari (MC&ISFM) menjelang 2025, jelasnya.

“Sebagai pembekal kayu tropika di pasaran global, adalah penting untuk memastikan produk kita memenuhi agenda mitigasi perubahan iklim.

“Adalah penting untuk terus membangunkan industri ini secara mampan. Pembangunan hutan mesti dipertingkatkan bagi menghasilkan kayu balak yang berkualiti tinggi sekali gus menggalakkan pertumbuhan hiliran industri perkayuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menangguhkan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Kayu Sarawak 2023 di sini, hari ini. Persidangan yang berlangsung pada 16 hingga 17 Mei itu dianjurkan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

Abang Johari berkata lagi, Sarawak kaya dengan sumber biojisim yang boleh diperbaharui seperti kayu getah, buluh, sagu, batang kelapa sawit dan pokok akasia.

Katanya, ia dapat digunakan untuk menghasilkan produk bernilai tinggi seperti biofuel pepejal termasuk arang, palet dan karbon aktif.

“Produk-produk ini boleh menggantikan sumber tenaga daripada petroleum, selain mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

“Pasaran untuk biofuel pepejal dan karbon aktif sangat besar dan pada masa sama, produk-produk ini mempunyai potensi untuk dipasarkan ke peringkat global,” katanya.

Mengenai persidangan itu Abang Johari berharap ia akan menjadi landasan kepada peserta yang terdiri daripada pakar dalam pengeluaran kayu tereka bentuk dari dalam dan luar negara berkongsi pengetahuan dan kepakaran.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kedua Sumber Asli dan Pembangunan Bandar merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Pengurus Besar PUSAKA Datu Hashim Bojet. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan