Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat memotong pulut kuning pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SEB di sini malam ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak mulakan kajian teroka empat sumber tenaga baharu – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 16 Mei: Kerajaan Sarawak akan terus meneroka empat sumber tenaga baharu yang sangat berpotensi untuk dimajukan di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ianya membabitkan sektor tenaga hidro, solar, solar hibrid dan turbin gas.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak sudah meminta saintis menjalankan kajian bagi menentukan kaedah terbaik untuk menghasilkan tenaga daripada sumber- sumber berkenaan.

“Saya difahamkan perkara ini (kajian) sudah dilaksanakan, kita cuma perlu meneroka kemungkinan baharu untuk memiliki teknologi berasaskan angin.

“Seterusnya kita boleh memiliki offshore sendiri bagi membawa tenaga-tenaga itu ke darat dan diedarkan oleh SEB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sarawak Energy Berhad (SEB) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Mengulas mengenai fokus Kerajaan Sarawak terhadap sektor berkenaan, Abang Johari berkata, ianya dapat menjadi sumber ekonomi baharu kepada negeri kerana tenaga berkenaan boleh disalurkan kepada negara jiran.

Sehubungan itu, kata beliau, sekiranya kajian mengenai perkara itu berjaya, objektif SEB untuk menjadi pembekal sumber tenaga yang dominan di Borneo akan dapat dilaksanakan.

Beliau percaya, perkara ini dapat dicapaikan dengan teknologi yang ada pada masa kini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan