Search
Close this search box.
Datu Hashim Bojet. Foto: Aziz Soleh (TVS)

PUSAKA optimis capai pendapatan eksport industri perkayuan RM8 bilion menjelang 2030

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Mei: Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Datu Hashim Bojet optimis dapat mencapai sasaran RM8 bilion pendapatan tahunan dari eksport industri perkayuan menjelang 2030.

Menurutnya, meskipun angka itu satu lonjakan yang besar berbanding pendapatan tahunan industri itu sekitar RM3.9 bilion sekarang, tetapi sasaran itu tidak mustahil boleh dicapai dengan melakukan transformasi terhadap industri perkayuan.

“Kita tidak dapat  menjalankan perniagaan seperti biasa tetapi kita perlu usaha lebih. Contohnya melaksanakan industri kejuruteraan kayu dan juga menampilkan industri perabot berasaskan eksport.

“Pada masa ini, kita belum lagi berjaya untuk membangun industri perabot untuk pasaran eksport. Jadi itu antara usaha kita untuk meningkatkan pendapatan eksport kepada RM8 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS ketika ditemui selepas majlis penangguhan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Kayu Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Jelas beliau, tanpa bahan mentah yang mencukupi dan mampan, agak sukar utuk mencapai sasaran tersebut.

Justeru, beliau berharap pembangunan ladang hutan akan dapat menyumbang hasil pengeluaran yang tinggi pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan