Search
Close this search box.
Kemenangan pasukan kebangsaan bermula dengan aksi juara Orleans Masters Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang mengumpul mata sulung untuk pasukan negara. Foto: Envato

Piala Sudirman 2023: Malaysia muncul juara Kumpulan C, sah tiket ke suku akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Skuad badminton negara meneruskan rentak kecemerlanganĀ apabila muncul juara kumpulan pada aksi terakhir Kumpulan C Piala Sudirman 2023 selepas mencatat kemenangan ke atas Taiwan, 4-1 di Suzhou, China hari ini.

Kemenangan pasukan kebangsaan bermula dengan aksi juara Orleans Masters Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang mengumpul mata sulung untuk pasukan negara.

Pasangan ituĀ bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengetepikan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 17-21, 21-19, 21-17.

Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia kemudian meneruskan momentum dengan menewaskanĀ pemain yang berada di kedudukan kelima dunia Chou Tien Chen 21-14, 23-21 dalam perlawanan sengit yang berlangsung selama 52 minit.

Bagaimanapun Tai Tzu Ying yang menduduki tangga ketiga dunia dan juga pemegang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo menjadi wira Taiwan apabila mudah menundukkan perseorangan wanita negara Goh JinĀ Jin Wei 21-8, 21-10 dalam 28 minit sahaja.

Kekalahan terbabit tidak mematahkan semangat beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk mengutip mata ketiga negara dengan menewaskan gandingan Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-8,21-10.

Beregu nombor lapan dunia Pearly Tan-M. Thinaah pulaĀ menempuh perlawanan sengit selama satu jam 11 minit menentang Hsu Ya Ching-Teng Chun Hsun, sebelumĀ meraih mataĀ kemenangan Malaysi 21-15,19-21, 21-15.

Kemenangan ke atas Taiwan itu memberi kelebihan kepada skuad kebangsaan yang menjadi juara kumpulan sekali gusĀ mengelak bertemu juara kumpulan lain dalam undian suku akhir.

Isnin lepas, Malaysia sudah mengesahkan tiket ke kelompok lapan terbaik selepas merakam kemenangan kedua dengan menewaskan India 5-0.

Terdahulu India yang menumpaskan Australia 4-1, turut mengesahkan slot ke peringkat suku akhir selepasĀ munculĀ naib juara Kumpulan C .

Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan, Ee WeiberkataĀ kemenangan itu adalah hasil bekalan strategi daripada jurulatih, selain sokongan padu yang dipamerkan skuadnya sepanjang perlawanan berlangsung.

ā€œ…pasukan saya juga memberi sokongan kepada kami, jurulatih juga memberi strategi yang betul dan boleh difahami untuk mendapatkan mata,ā€ katanya menerusi rakaman audio yang dikongsi kepada pemberita hari ini. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan