Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Foto hiasan.

Kes gaduh viral, empat pelajar ditahan

SIBU, 17 Mei: Empat remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam satu kes pergaduhan di sebuah kawasan parkir kenderaan awam di Jalan Intan di sini pada Isnin ditahan polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata mereka yang ditahan termasuk dua pelajar sekolah menengah dan dua pelajar universiti yang berusia antara 14 hingga 19 tahun.

Mereka ditahan di lokasi yang berasingan selepas seorang mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentral Sibu pada jam 8.52 malam pada Isnin.

“Penangkapan empat pelajar berkenan adalah susulan satu laporan polis yang diterima daripada seorang pelajar berusia 15 tahun yang dipukul oleh beberapa orang pelajar di tempat kejadian.

“Siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu selama dua jam telah membawa kepada penangkapan dua pelajar sekolah dan dua pelajar universiti yang disyaki terlibat dalam pergaduhan itu,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Katanya, kesemua suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut untuk direkodkan keterangan.

“Video pergaduhan tersebut yang berdurasi 50 saat juga telah menjadi tular di laman sosial,” katanya.

Sehubungan itu, Zulkipli menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebabkan sebarang video yang boleh mengganggu kehamonian dan ketenteraman awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Sekysen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera kepada mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan