Search
Close this search box.
Bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran di Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur, hari ini. Foto: Kuala Lumpur Command & Control Centre, DBKL

Kebakaran Mid Valley: Siasatan awal mendapati berpunca daripada minyak penyejuk kabel

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kebakaran di Mid Valley Megamall pagi tadi dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel di dalam pencawang utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlampau panas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata minyak terbabit yang sukar untuk terbakar kerana ia boleh tahan sehingga suhu mencecah 137 darjah Celsius, digunakan untuk menyejukkan kabel di dalam pencawang dan bukan untuk menjana kuasa elektrik.

(VIDEO) Kebakaran di Mid Valley Megamall libat bilik pencawang TNB

“Tetapi, dipercayai terdapat haba yang berlebihan daripada pencawang itu yang sekali gus sampai ke tahap terbakar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat empat pencawang utama TNB di bangunan Mid Valley namun hanya satu yang terbakar manakala tiga lagi tidak terjejas.

TNB kenal pasti punca kebakaran di Mid Valley

Katanya, kesemua pencawang itu mampu membekalkan elektrik dalam radius hingga 10 kilometer dari bangunan Mid Valley.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan awal polis mendapati tiada unsur khianat dikesan berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, polis masih menunggu siasatan lanjut daripada forensik JBPM,” katanya yang turut berada di lokasi kejadian.

Amihizam berkata beliau difahamkan setakat ini bekalan elektrik hanya terjejas di bangunan Mid Valley.

“Bagi kawasan dalam radius 10 km dari sini, saya mendapat laporan bahawa pihak TNB telah pun mengambil langkah-langkah tertentu dan bekalan elektrik tidak terjejas,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa video dalam media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan